INFO : Ujian kesuburan

Setelah kahwin setahun dan mencuba untuk hamil tapi gagal , pasangan suami isteri perlu jumpa doktor untuk peperiksaan peranakan, scanning rahim dan ovary, ujian benih suami dan xray HSG untuk buka saluran benih isteri.

1. Vaginal scanning untuk mengesan penyakit dalam peranakkan - fibroid, cyst, endometriosis dll






 Kalau ada senggugut dan rahim kearah tonkin/retroverted, munkin ada endometriosis yang perlu dirawat




 2,  Xray Hysterosalpingogram (HSG) . Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang munkin kuncup atau sumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Ia dilakukan olih pakar xray (radiologist) dan sejurus lepas haid; jika haid habis hari ke7, HSG dilakukan pada hari ke9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.
Satu alat dimasukkn pada pintu rahim dan ubat cecair khas disuntikan kedalam rahim, biasanya 5 filem xray akan diambil untuk laporan tentang saluran fallopian.

Normal HSG - kedua saluran terbuka, 30% akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan.




 Saluran fallopian sumbat, rawatan selanjutnya
 untuk buka saluran fallopian tube.



 Rahim abnormal - bercabang dua - cacat semula jadi


 3.  Ujian sperma suami - sebaiknya dilakukan waktu isteri sedang haid dan tidak ada hubungan sex selama 2-3 hari. Bolih keluarkan sperma dirumah dan dibawa keklinik/makmal dalam botol khas dalam tempoh 1-2 jam, atau bolih keluarkan air mani dimakmal/klinik



 Kesuburan lelaki - punca kurang benih dan rawatan








 Rawatan IUI , suntik benih suami


 4. Ujian Hormon.
Bagi wanita yang kitaran haid tidak teratur, misalnya 3-4 bulan sekali haid dan juga gemok/obesity,  ujian darah untuk menyukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin adalah penting.
Kemungkinan dia mengidap PCOS 







TIPS UNTUK MEMBUAT UJIAN KESUBURAN

1) Dapatkan surat rujukan dari KLINIK KERAJAAN
2) Bawa surat rujukan ke Hospital KERAJAAN yang berdekatan untuk dapatkan "Appointment Date"
3) Datang ke HOSPITAL (Bahagian O&G) mengikut tarikh yang telah ditetapkan
4) Pada hari pertama, doktor akan membuat UJIAN PAP SMEAR
5) Keputusan akan diperolehi pada temujanji yang berikut
6) Temujanji yang ke-2--> KEPUTUSAN pap smear akan diperolehi. Normal / ada kes
Jika normal (Alhamdulillah JIKA tiada apa-apa masalah) pegawai kesihatan akan mengeluarkan surat rujukan untuk SUAMI melakukan UJIAN KESUBURAN di LPPKN (dekat dengan bangunan MARA kat KL)
7) Suami perlu membuat ujian kesuburan sebelum tarikh temujanji ke-3
8) Bawa keputusan ujian kesuburan suami pada temujanji ke-3 di hospital yang sama. Jika normal, doktor akan memeriksa kedudukan rahim dan mengesyorkan membuat ujian HSG
9) Dapatkan tarikh temujanji di Bahagian X-RAY untuk UJIAN HSG
10) Buat HSG mengikut tarikh yang telah ditentukan
11) Tunggu keputusan HSG pada tarikh temujanji dengan Bahagian O&G
12) Pada hari temujanji tersebut, keputusan HSG akan diperolehi dan anda juga akan di 'SCAN' dari bahagian serviks untuk melihat keadaan rahim sekali lagi
 

Author

Ditulis Oleh Admin

Hi! Saya Syaidatul Akmar merupakan PENGEDAR SHAKLEE.Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan produk SHAKLEE, boleh terus Call saya di 017-6868706.

0 comments: