Wanita mengandung digalakkan memakan lebih banyak  kekacang terutama badam, kurma dan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi.
 
Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan kandungan proteinnya 20 kali lebih banyak berbanding bijirin yang lain.
 
Badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan.
 
Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu di dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.
 
Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju
 
Badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
 
Badam mempunyai kandungan folat yang tinggi. Folat sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil. Selain itu kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.