Mendidik Anak Cara Rasulullah





credit to: mypermatahati





Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang kira-kira maksudnya… setiap anak itu dilahirkan seumpama kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya.
Kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja… dan kita sebagai ibu bapa bertanggung jawab membentuknya. Jika si anak berjaya menjadi insan cemerlang, ibu bapalah yang menjadi pengaruh besar kepada kejayaannya. Dan jika si anak berperangai “tidak serupa orang” maka ibu bapa jugalah yang pertama sekali perlu dipertanggungjawabkan.
Mengikut kajian para ulama dan pakar mendapati lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya.
Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa… ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan “menjegilkan” mata pun sudah cukup membuat anak “menikus”. Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan “reasoning” lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:



  • TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.


Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.
Kesimpulannya… lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk “amanah Allah” yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibubapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga… iaitu anak anda.
Yakin dan percayalah… anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.

Author

Ditulis Oleh Admin

Hi! Saya Syaidatul Akmar merupakan PENGEDAR SHAKLEE.Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan produk SHAKLEE, boleh terus Call saya di 017-6868706.

0 comments: