Petua Elak Anak-Anak Suka Bergaduh










Isu bergaduh di kalangan adik-beradik memang tak pernah selesai. Ia masalah biasa di kalangan ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak. Buatlah macam mana sekalipun, mereka akan tetap bergaduh. Sekejap sahaja mereka berbaik, lepas itu mereka kembali bergaduh.
Tetapi kata orang tua-tua, air dicincang tak akan putus. Hubungan adik-beradik tidak akan terputus biarpun mereka kerap bergaduh. Ia sebahagian daripada proses tumbesaran anak-anak. Pergaduhan sesama mereka sebenarnya dapat mendidik banyak perkara seperti sikap bertolak ansur, bersabar, komunikasi dan kemaafan.

Pernah tak kita terfikir mengapa anak-anak kerap bergaduh? Mungkin bagi anak kecil bergaduh sesama adik-beradik mesti disebabkan berebut alat permainan, berebut rancangan televisyen atau salah seorang suka mengusik.
Tetapi mungkin kita terlupa adakalanya beberapa faktor lain turut mempengaruhi anak-anak memulakan pergaduhan. Ada anak berasa dia kurang mendapat perhatian seperti mana adik-beradik lain. Walhal ibu dan ayah tidak pernah beranggapan begitu. Biasanya perasaan itu terbit dari dalam diri anak sulung. Kadang kala ibu ayah berasakan anak sulung sudah besar dan perlu memikul banyak tanggungjawab dan perlu mengalah dalam banyak hal.

Hal tersebut menimbulkan perasaan kurang senang mereka lalu mula mencari hal dengan adik-beradik lain. Fasa pembesaran mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain, jadi sebagai ibu ayah, kita perlu cuba memahami emosi setiap anak-anak.
Walaupun bergelar anak sulung, mereka tetap seorang anak yang memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian yang sama seperti adik-beradik lain. Adakalanya perasaan bosan, keletihan dan lapar turut menyebabkan anak-anak bergaduh sesama mereka. Oleh itu pastikan jika di rumah terutama pada hari cuti, anda menyediakan jadual aktiviti yang bermanfaat bagi mengelakkan anak-anak kecil cepat bosan, merengek, mengusik satu sama lain yang menyebabkan timbul pergaduhan.


Selain itu, disini ada sedikit petua yang diberikan oleh orang tua saya untuk mengelakkan anak-anak suka bergaduh sesama adik-beradik. Alhamdulillah, anak-anak saya amat jarang bergaduh.



1. Ketika si adik masih bayi hingga usia 1-2 tahun, biasakan menyuruh si abang / si kakak mencium si adik, katakan pada si abang/kakak.. “Abang..Kakak… sayang adik kan”… sambil minta mereka cium pipi si adik. Kerap lakukan perkara ini, terutama sekali apabila si adik baru sahaja selesai mandi dan si abang/kakak sedang duduk memerhatikan si adik.


2. Biasakan membaca ayat qursi di telinga anak-anak, setiap kali baca, baca sebanyak 7 kali. Biasakan amalan ini, ketika anak-anak sedang mahu melelapkan mata. Insyallah, anak-anak akan sentiasa baik-baik sahaja. Tidak timbul perasaan suka mengusik , iri hati atau cemburu sama ada kepada adik atau abang.



Anak kembarku..ada masa memang suka sangat bergaduh..

Author

Ditulis Oleh Admin

Hi! Saya Syaidatul Akmar merupakan PENGEDAR SHAKLEE.Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan produk SHAKLEE, boleh terus Call saya di 017-6868706.

0 comments: