LEBIHKAN AKHIRAT

ASSALAMMUALAIKUM ...

Salam Jumaat semua... 

Saya jugak turut terkesan dengan keadaan mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Kemaman & Johor..sedih bila dengar mereka tidak cukup makanan , terputus bekalan makanan dan elektrik , tiada bekalan ubat-ubatan , orang2 tua sakit , anak- kecil kesejukan.. Ya Robb ..lindungilah mereka walau dimana mereka berada..surutkan lah cepat air banjir tu..Amin...

Hulurkanlah bantuan anda seikhlasnya...mereka memerlukan beras , susu, air mineral, pampers, tuala, pakaian , telekung dan sebagainya

Jumaat: Penghulu segala hari.

 

 

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.



dihari jumaat ini jom kita Solat Dhuha...baca surah al-kahfi dan Al-waqiah..moga terbuka luas pintu rezeki kita..amalkan amalan sunat..wajib itu mesti!











 

Rasulullah SAW bersabda ;

"barangsiapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang diperolehi dengan usaha yang halal sementara Allah tidak menerima kecuali yang halal, Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya (yakni menerima dengan berkahNya). Kemudian Dia melipatgandakan berkahNya bagi pelakunya sebagaimana seseorang daripada kalian melipatgandakan maharnya. Bahkan satu suap akan menjadi sebesar Gunung Uhud "






Apabila kita bersedekah, orang yang menerima tu akan mendoakan kita. Sebab tu la tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Lagi banyak kita memberi atau bersedekah lebih luas rezeki yang Allah bentangkan untuk kita. Percayalah.



Marilah kita banyakkan sedekah.Memberi sedekah itu hukumnya sunat. Firman Allah:

“Siapakah orangnya yang (mahu) mmberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan akan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) Allah jualah yang menyempit dan meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 245)

Firman Allah di dalam ayat yang lain:
“Dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan berikanlah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah amat Pengampun, lagi amat Mengasihani.”(Surah Al-Muzzammil, ayat 20)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga ada menyebutkan mengenai suruhan dan galakkan bersedekah itu, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya :

Maksudnya: “Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat dari buah-buah Syurga. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat dari khamar Syurga yang termetri bekasnya. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya dari pakaian Syurga yang berwarna hijau.”
(Hadits riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud) 
 
 
 
AstagfirullahAlazim....




Author

Ditulis Oleh Admin

Hi! Saya Syaidatul Akmar merupakan PENGEDAR SHAKLEE.Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan produk SHAKLEE, boleh terus Call saya di 017-6868706.

0 comments: