Sememangnya tidak dapat disangkal lagi, susu ibu adalah yang terbaik untuk diberikan pada bayi terutama bagi 6 bulan pertama selepas bayi dilahirkan.
Namun begitu, seringkali masalah pengeluaran susu ibu yang makin berkurangan terjadi terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa. Jika situasi ini terjadi kepada anda, pasti anda merasa risau dan tertekan. Apatah lagi jika anda mempunyai target penyusuan seperti ingin menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan, 1 tahun, atau 2 tahun
Berikut adalah antara beberapa tips yang telah saya lakukan bagi memastikan pengeluaran susu sentiasa maintain dan langkah-langkah pencegahan jika merasakan pengeluaran susu mula berkurangan :
1. Beli pam susu yang berkualiti Jika ini adalah kandungan pertama anda, sebaiknya persediaan dilakukan dari awal dan tidak hanya tertumpu kepada kelengkapan bayi sahaja. Tetapi anda juga sepatutnya mula mendapatkan informasi bagi memastikan anda membeli pam susu yang baik dan berkualiti. Dari segi kewangan pula, asingkan sedikit bajet anda setiap bulan (anda boleh mulai seawal kandungan anda berusia 2 bulan – contohnya RM200 sebulan) untuk digunakan bagi membeli pam susu kerana kebanyakan pam yang bagus dari segi kualitinya berharga agak mahal. Antaranya ialah Medela double electric dan Spectra.
2. Pam atau perah susu dari awal Jika anda baca dikebanyakan artikel berkaitan penyusuan, ramai yang mencadangkan agar anda mula pam susu 2 minggu sebelum kembali bekerja. Tetapi bagi saya, sebaiknya anda mulakan dari seawal minggu pertama selepas bersalin. Pada awalnya, sememangnya susu anda tiada kerana pada waktu itu badan mengeluarkan kolostrum. Jangan give up walaupun tiada susu. Cuba picit puting susu anda. Jika ada cecair putih yang keluar, itu bermakna sememangnya badan anda mengeluarkan susu kerana cecair putih itu adalah kolostrum. Apabila bayi lapar, susukan bayi seperti biasa dan selepas itu tambah masa penyusuan dengan
cara mengepam susu selama 10 ke 15 minit. Dengan cara ini badan akan
menerima isyarat untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Selain dari itu,
ini juga akan membantu badan anda menyesuaikan diri dengan pam susu anda. Kebiasaanya susu akan mula banyak pada hari ke 7 hingga hari ke 10 selepas bersalin. Jika anda mula mengalami bengkak susu, sebaiknya anda mula pam susu anda dan simpan sebagai stok. Letakkan target contohnya stok anda setiap hari ialah 4 aun. Dengan cara menyimpan stok susu dari awal, ini akan mengurangkan stress anda dikemudian hari. Susu yang telah dipam juga boleh dimasukkan kedalam botol dan diberikan kepada bayi anda sebagai latihan agar bayi boleh minum dari botol apabila anda telah kembali bekerja. Oh ya, dari segi peti ais pula, sebaiknya susu disimpan didalam peti ais yang mempunyai 2 pintu. Jadi stok susu anda akan tahan lebih lama iaitu selama 3 ke 4 bulan berbanding peti ais satu pintu kerana stok susu anda hanya boleh disimpan dan tahan selama 2 minggu sahaja.
3. Minum air yang banyak Masalah penyusuan biasanya terjadi kepada mereka yang mengamalkan pantang yang ketat termasuk tidak boleh minum air yang banyak sewaktu didalam pantang bersalin. Sebaiknya minumlah air suam swaktu didalam pantang kerana anda pasti kana berasa dahaga setiap kali menyusukan bayi. Air masak atau air suam sebaiknya diletakkan ditepi katil atau dibilik tidur anda atau ditempat yang mudah untuk anda ambil pada bila-bila masa. Selain dari itu, anda juga digalakkan untuk mengambil minuman seperti milo, horlicks dan susu. Elakkan dari mengambil minuman berkafen seperti kopi dan Nescafe dan minuman bergas.
4. Makan makanan berkhasiat dan yang boleh menambah susu Antara makanan yang boleh menambah susu yang boleh ambil didalam tempoh berpantang ialah : - Kurma - Kismis - Sawi - Habbatus sauda - Ulam-ulaman sepeti pegaga - Sup – sup ayam (buang kulitnya – ambil dan masak isi sahaja) dan sup ikan. Tambahkan biji halba didalam sup anda - Nasi yang anda masak juga boleh ditambah biji halba. Halba diketahui boleh membantu menambah susu ibu - Susu dan yogurt – Jika susu disimpan didalam peti ais, hilangkan dulu sejuknya dengan cara merendam cawan yang telah diidi dengan susu didalam air panas sebelum diminum - Quacker oat dan nestum
Bagi yang telah habis tempoh berpantang, selain dari mengambil makanan diatas anda juga boleh mengambil makanan / minuman berikut bagi membantu menambah susu ibu : o air longan (panas atau sejuk) o air barli o Nasi dagang o Bayam o Kangkung o Sup tulang, sup ayam, sup daging dan sup ikan o Buah-buahan Tips tambahan : Ambil satu sudu kecil halba, rebus dalam sedikit air. Kemudian air rebusan dicampurkan kedalam milo dan diminum. Dengan cara ini anda tidak akan merasa pahit halba dan pada waktu yang sama mengambil minuman tambahan yang membantu menambah susu anda. Milkmaid tea and pil ASI juga dikatakan boleh membantu menambah susu ibu. Selain dari itu, jika bayi anda sudah berumur 2 bulan keatas, anda boleh mencuba minum air rebusan halia bara kerana ia juga membantu menambah susu ibu. Bawalah botol air kemana saja anda pergi bila keluar dari rumah. Bila terasa dahaga saja, minum air. Selain dari bagus untuk kesihatan ia juga bagus untuk menjaga pengeluaran susu ibu. 5. Ambil Supplement tambahan Sebaiknya ambillah vitamin tambahan seperti B kompleks, vit C, fish oil, dan calcium magnesium. Selain dari membantu anda mengeluarkan susu yang berkualiti ia juga dapat membantu anda agar tidak kekurangan zat kerana ia telah diserap dari badan anda dan disalurkan kepada susu badan anda. Vitamin B kompleks pula membantu mengekalkan tenaga anda. 6. Pam susu pada waktu yang ditetapkan Bagi ibu yang telah kembali bekerja, sebaiknya anda tetapkan jadual pam susu anda. Biasanya masa untuk pam susu ialah 2 ke 3 kali sehari. Jika anda tetapkan jam 10 pagi dan 2 petang, pastikan anda pam susu pada waktu ini dan jika lewat, pastikan dalam 30 minit sahaja. Ini untuk memudahkan anda mengekalkan let down. Jika anda skip, pasti badan anda menjadi keliru dan sukar untuk memberi isyarat untuk masa mengeluarkan susu. 7. Simpan stok yang banyak sebagai back up Jika stok susu anda banyak, pasti anda kurang merasa stress jika pengeluaran susu anda kurang pada hari itu kerana anda ada stok susu dirumah yang boleh dijadikan back up. Back up dan stok susu sememangnya amat penting bagi ibuibu yang menyusukan bayi sepenuhnya kerana ia dikira sebagai penyelamat sehingga pengeluaran susu anda kembali mencapai target anda seiring dengan jumlah susu yang diminum oleh bayi sewaktu anda keluar bekerja. Tips Tambahan Jika anda merasakan susu mula kurang : 1. Tambah masa pam susu sewaktu bekerja. Jika sebelum ini anda pam 2 kali sehari, tambahkan kepada 4 kali. Contohnya pam setiap 2 jam sekali. 2. Apabila dirumah dan dihujung minggu, pam susu selama 15 ke 20 minit setiap kali selepas menyusukan bayi. Dengan ini badan anda akan menerima isyarat lebih banyak susu perlu dikeluarkan. 3. Jika perlu, ambil cuti selama 2 ke 3 hari. Gunakan masa cuti ini untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan pam susu setiap kali selepas menyusukan bayi 4. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya 5. Tenagkan diri dan jangan stress. Jika anda stress, lagi mudah untuk pengeluaran susu terjejas.
Hi! Saya Syaidatul Akmar merupakan PENGEDAR SHAKLEE.Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan produk SHAKLEE, boleh terus Call saya di 017-6868706.
0 comments: