Rahsia Kulit Cantik



Mahukan kulit cantik seperti Neelofa ini?? dia memang cantik kan..kulit bersih saja



Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam selain dari luaran. Pelbagai produk kecantikan yang ditawarkan di pasaran sekarang ini.

Namun kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang perbezaan antara rawatan kolagen, plasenta dan vitamin dalam mendapatkan kulit yang cantik.



Kolagen

Kolagen ialah sejenis protein yang banyak terdapat di dalam tubuh manusia dan memainkan peranan yang penting. Kolagen membantu membentuk tisu dalam badan selain memberi sokongan pada tubuh. Kolagen terdapat pada otot, tulang, kulit, tendon dan tulang rawan. Apabila umur meningkat, kolagen di dalam badan menurun dan menyebabkan kulit kendur dan tulang rapuh.

Di pasaran kini terdapat bermacam-macam jenis kolagen suplemen. Oral kolagen suplemen dalam bentuk pil atau minuman menjanjikan pengurangan penyakit seperti arthritis, membantu penurunan berat badan, membina otot dan rejuvenasi kulit.

Krim kolagen pula dikatakan dapat membantu menegangkan kulit tapi pada hakikatnya kolagen molekul terlalu besar untuk diserap. Suntikan kolagen untuk mengembalikan ketegangan kulit dan menghilangkan kedut pada kulit. Suntikan kolagen juga boleh digunakan untuk menghasilkan bibir yang lebih tebal. Rawatan kolagen dari segi medikal ialah oral glucosamine dan suntikan pada sendi.





Plasenta

Plasenta merupakan uri. Kebanyakan rawatan plasenta diambil dari kambing biri-biri yang dipelihara khas untuk urinya. Ada juga yang diambil dari uri manusia. Sel-sel diambil daripada uri dan dijadikan pil atau dalam bentuk suntikan. Tujuannya ialah untuk memperbaharui sel-sel tua di dalam badan. Namun demikian sijil halal tidak diperolehi. Ada juga plasenta yang diambil dari pokok soya yang baru bercambah dikenali sebagai 'vegeplasenta'.




Vitamin

Vitamin A, B, C, D, E dan K mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang tegang.

Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan. Beza rawatan kolagen secara oral dan suntikan kolagen sentiasa dibina di dalam badan dan enzim kolagenase sentiasa mengekalkan tahap kolagen di dalam badan. Rawatan kolagen oral atau glucosamine biasanya diberi kepada pesakit yang mengalami osteoartritis di mana pelincir di dalam sendi sudah berkurangan.

Suntikan hyaluronik asid juga boleh disuntik ke dalam sendi tersebut. Bagi rawatan estetik pula, suntikan hyaluronik asid disuntik di bawah kulit untuk mengurangkan kedutan pada kulit dan mengembalikan ketegangan kulit. Hyaluronik asid disuntik dalam bentuk fillers untuk meratakan parut, mengubah hidung yang senget atau pipi yang jatuh akibat proses penuaan.

Rawatan ini perlu diulang kerana hyaluronik asid ini akan dibinasakan oleh enzim di dalam badan kita. Suntikan kolagen juga boleh dilakukan untuk mengubah paras rupa seperti pipi yang jatuh, bibir kecil atau hidung yang senget. Suntikan kolagen kini kurang popular kerana boleh menyebabkan alahan.



----------------------------------------------------------------------------------

ok..nak tahu apa dia produk kecantikan dan vitamin/supplement shaklee yang menjadi rahsia kecantikan para peminat tegar shaklee ini???

nantikan next entry...stay tuned !!






0 comments:

INFO : Ujian kesuburan

Setelah kahwin setahun dan mencuba untuk hamil tapi gagal , pasangan suami isteri perlu jumpa doktor untuk peperiksaan peranakan, scanning rahim dan ovary, ujian benih suami dan xray HSG untuk buka saluran benih isteri.

1. Vaginal scanning untuk mengesan penyakit dalam peranakkan - fibroid, cyst, endometriosis dll






 Kalau ada senggugut dan rahim kearah tonkin/retroverted, munkin ada endometriosis yang perlu dirawat




 2,  Xray Hysterosalpingogram (HSG) . Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang munkin kuncup atau sumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Ia dilakukan olih pakar xray (radiologist) dan sejurus lepas haid; jika haid habis hari ke7, HSG dilakukan pada hari ke9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.
Satu alat dimasukkn pada pintu rahim dan ubat cecair khas disuntikan kedalam rahim, biasanya 5 filem xray akan diambil untuk laporan tentang saluran fallopian.

Normal HSG - kedua saluran terbuka, 30% akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan.




 Saluran fallopian sumbat, rawatan selanjutnya
 untuk buka saluran fallopian tube.



 Rahim abnormal - bercabang dua - cacat semula jadi


 3.  Ujian sperma suami - sebaiknya dilakukan waktu isteri sedang haid dan tidak ada hubungan sex selama 2-3 hari. Bolih keluarkan sperma dirumah dan dibawa keklinik/makmal dalam botol khas dalam tempoh 1-2 jam, atau bolih keluarkan air mani dimakmal/klinik



 Kesuburan lelaki - punca kurang benih dan rawatan








 Rawatan IUI , suntik benih suami


 4. Ujian Hormon.
Bagi wanita yang kitaran haid tidak teratur, misalnya 3-4 bulan sekali haid dan juga gemok/obesity,  ujian darah untuk menyukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin adalah penting.
Kemungkinan dia mengidap PCOS 







TIPS UNTUK MEMBUAT UJIAN KESUBURAN

1) Dapatkan surat rujukan dari KLINIK KERAJAAN
2) Bawa surat rujukan ke Hospital KERAJAAN yang berdekatan untuk dapatkan "Appointment Date"
3) Datang ke HOSPITAL (Bahagian O&G) mengikut tarikh yang telah ditetapkan
4) Pada hari pertama, doktor akan membuat UJIAN PAP SMEAR
5) Keputusan akan diperolehi pada temujanji yang berikut
6) Temujanji yang ke-2--> KEPUTUSAN pap smear akan diperolehi. Normal / ada kes
Jika normal (Alhamdulillah JIKA tiada apa-apa masalah) pegawai kesihatan akan mengeluarkan surat rujukan untuk SUAMI melakukan UJIAN KESUBURAN di LPPKN (dekat dengan bangunan MARA kat KL)
7) Suami perlu membuat ujian kesuburan sebelum tarikh temujanji ke-3
8) Bawa keputusan ujian kesuburan suami pada temujanji ke-3 di hospital yang sama. Jika normal, doktor akan memeriksa kedudukan rahim dan mengesyorkan membuat ujian HSG
9) Dapatkan tarikh temujanji di Bahagian X-RAY untuk UJIAN HSG
10) Buat HSG mengikut tarikh yang telah ditentukan
11) Tunggu keputusan HSG pada tarikh temujanji dengan Bahagian O&G
12) Pada hari temujanji tersebut, keputusan HSG akan diperolehi dan anda juga akan di 'SCAN' dari bahagian serviks untuk melihat keadaan rahim sekali lagi
 

0 comments:

HARI INI SAYA BANGKIT SEMANGAT !! ~ ROAD TO WAHM!


ASSALAMMUALAIKUM SEMUA...

Bertemu kita lagi di hari Jumaat yang penuh barakah ini..

semalam punya cerita memang hari yang agak lemau..rasa tidak sihat..sakit-sakit badan..rasa nak demam..semuanya serba serbi tak kena.. letih dan penat pun ye sebab setiap hari pergi dan balik kerja mengadap jam di jalanraya yang teramat sangat.. sampai kan 3jam tersangkut dalam jam..memang balik rumah dah penat..
Alhamdulillah dengan adanya supplement shaklee semua ini serba sedikit dapat kurangkan dan sekaligus hilangkan apa sakit yang saya rasa.

tapi dengan semangat yang masih ada dalam jiwa ini saya bangkit semula untuk teruskan perjuangan ku menuju WAHM (work at home mommy) ...targetku hendak jadi sebelum anak-anak kesayangan bermula sekolah tadika.


hari-hari berdoa supaya diberi kesihatan yang baik dan mintak dipermudahkan segalakan urusanku



Memang teringin sangat-sangat dah nak menjaga anak sendiri..dapat khabar berita babysitter anak-anak nak pindah n jual rumah dia yang sekarang nie..memang lagi berkobar-kobar nak berhenti kerja cepat..taknak serahkan pada pengasuh baru untuk menjaga mereka..

SAYA MESTI USAHA KERAS DAN LEBIH AGRESIF !!







segala apa yang dibuat haruslah berfikiran positif! Saya wajib bekerja keras lebih lagi..
banyak sangat impian saya tidak tercapai lagi

Terima kasih pada mommyku Safuhah mohamad dan Nanny ku wan fatihanum yang tak henti-henti bagi semangat..saya amat-amat menghargainya..
Saya malu jika tidak buat betul-betul






BUKAN SENANG NAK SENANG.. SEMUA KENA AMBIK KIRA..JANGAN FIKIR MUDAH..ADA LIKU-LIKU..KEPAHITAN SEKARANG NANTI AKHIRNYA MANIS  =)




I WANT TO BE WAHMILLIONAIRE !!!!



JOM JOIN SAYA !
SAYA BERADA DI SUSUR GALUR YANG BETUL !


0 comments:

Set Kurus Shaklee

 JOM KURUS !!



Assalamualaikum .... Hari ni saya nak kongsikan dengan kawan-kawan mengenai Set Kurus Shaklee yang hangat di pasaran sekarang..

 Sebelum itu saya nak tahu cara kawan-kawan diet atau cara kawan-kawan kurangkan berat badan?

1) Adakah kawan-kawan skip salah satu hidangan anda
2) Adakah kawan-kawan hanya makan satu atau dua kali sehari?
3) Adakah kawan-kawan makan tidak tentu masa dan tunggu lapar baru nak makan?

Jika diet kawan-kawan ada seperti di atas, maknanya cara kawan-kawan untuk mengurangkan berat badan adalah tidak berkesan.

Ini adalah kerana, jika kawan-kawan nak kurus, kawan-kawan hendaklah makan sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

1) Sarapan
2) Snek pagi
3) Makan tengahari
4) Snek Petang
5) Makan Malam






Tahukah kawan-kawan 
"Keajaiban Sistem tubuh adalah semakin kerap makan, semakin tinggi pembakaran tenaga"
Kenapa kawan-kawan kena kerap makan???
1) Bila kawan-kawan makan dengan kerap, ia menghalang kawan-kawan dari rasa lapar dan terdorong untuk makan dengan banyak pada hidangan seterusnya.
2) Bila kawan-kawan makan dengan lebih kerap ia akan meningkatkan metabolisme kawan-kawan supaya dapat membakar kalori dengan lebih cekap 
3) Makanan juga diserap dengan lebih cekap dan pantas apabila kita makan dengan teratur
4) Kawan-kawan akan berasa lebih sihat dan lebih bertenaga jika makan dengan kerap.








ANTARA CADANGAN  UNTUK KAWAN-KAWAN YANG NAK KURUS..


Shaklee mengamalkan 3 peringkat untuk kurus iaitu

1) Membakar

Pemecahan lemak dan kolestrol








2) Mendetox atau membuang

Membuang lemak dan toksin dalam badan










3) Membina

Untuk membina otot dan mengelakkan dari kulit menggeleber






Cinch ini dapat kurangkan inci ukur lilit anda!









 Mari saya terangkan mengenai 3 peringkat ini...

Proses pemecahan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard.  Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak

Proses mendetox dan membuang adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambil Alfalfa, dan yang mengalami masalah sembelit, boleh ambil Herb-Lax.. Herb-Lax tidak sesuai untuk ibu yang menyusu kerana ia akan menyebabkan bayi cirit-birit.

Proses membina otot dengan protein. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak.

 Untuk protein yang terbaik, saya syorkan kawan-kawan mengambil Cinch Shake Mix tetapi bagi ibu yang menyusu saya syorkan mengambil ESP / Mealshakes..(ESP juga membantu dalam membanyakkan susu badan)

Kenapa mesti mengambil protein?

Kerana apabila lemak diurai dari badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.


Kawan-kawan mesti tertanya-tanya mengapa mesti begitu banyak yang perlu diambil dalam set kurus Shaklee..Ini adalah kerana Set Shaklee tidak seperti Set Kurus jenama lain yang memberikan kesan dengan cepat dan tidak kekal..Selain itu, set lain memerlukan kawan-kawan untuk berpantang..Mesti kawan-kawan tidak mahu seperti itu..Tapi ini bukan bermakna kawan-kawan tidak perlu pantang jika mengambil Set Shaklee..Cuma kawan-kawan perlu mengurangkan LEMAK dan perlulah juga bersenam dan MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER supaya proses pengurusan berjalan dengan lebih berkesan.

Ramai yang dah mencuba dan berpuas hati dengan Set Kurus Shaklee..Anda bila lagi..



perlu banyak minum air untuk melancarkan lagi proses kuruskan badan



"Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit"







TESTIMONI YANG BERJAYA



TESTIMONI 1

KLIK LINK INI ---> AWESOME !!



TESTIMONI 2




TESTIMONI 3





TESTIMONI 4


TESTIMONI 5




TESTIMONI 6




TESTIMONI 7




OKEY..DAH TENGOK SEMUA??? AWESOME KAN??

UNTUK TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI SAYA

SMS /WHATSAPP : 0176868706 (syai)
EMAIL : syai_cuters@yahoo.com

0 comments:

Set Mighty 3 Gems - Persediaan untuk kekal cergas di bulan Ramadhan

Assalammualaikum..

Bulan puasa hampir tiba...
dah ganti ker puasa tahun lepas yang tinggal?
kalau tak ganti...cepat-cepat ganti...masih sempat lagi..
Setiap kali menjelang bulan puasa...kita semua akan buat persediaan untuk kekal bertenaga dapat menjalankan ibadah dengan baik.
Shaklee ada memperkenalkan set mighty 3 gems untuk lebih bertenaga..
gabungan yang hebat iaitu ESP, Performance Drink dan Mealshakes..
set ini sesuai untuk seisi keluarga tidak kira umur..




 



Apa yang terkandung dalam set ini?


1) Energizing Soy Protein

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

2) Meal Shakes

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

3) Performance Drink

Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.


Secara ringkasnya PD ini:
  1. Minuman anti dehidrasi seperti hundredplus tetapi kandungan gula & glukosnya kurang.
  2. Berperisa oren yang sedap dan digemari sekeluarga.
  3. Boleh dinikmati seisi keluarga.
  4. Semasa berpuasa tak perlu nak minum kembung2 semasa sahur, cukup minum sekadar hilang haus bersama segelas performance drink.
  5. Sesuai untuk ibu mengandung yang tak boleh minum banyak2 takut muntah.
  6. Amat bagus diberikan kepada anak-anak sekiranya mengalami demam.



Sempena bulan puasa ini, sahur adalah ibarat sesi sarapan pagi pada hari2 selain bulan puasa. Oleh itu, kepentingan sahur juga tidak boleh dinafikan. Nak2 lagi sepanjang bulan puasa, kita tidak boleh makan dan minum di siang harinya. Dengan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat, akan membantu kita untuk menjalani rutin harian dengan lebih mudah.



Set Mighty 3 Gems merupakan pilihan yang tepat dan terbaik sebagai menu utama semasa bersahur.











SILA HUBUNGI SAYA

WHATSAPP / SMS : 0176868706
EMAIL : syai_cuters@yahoo.com

0 comments:

Vivix


Kebaikan VIVIX Shaklee








Apa itu VIVIX?? 

Vivix adalah satu produk baru keluaran Shaklee yang merupakan cecair ajaib yang dipanggil sebagai anti penuaan @ tonik awet muda gitu... dan turut memberi sokongan sebagai ANTIPENGOKSIDA... Antara kebaikan VIVIX adalah...




1. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.









Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Kebaikan Vivix™ :

  • Memelihara keseluruhan kesihatan
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem Imun



Apakah kehebatan Vivix Shaklee?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)




Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Kebaikan Vivix Shaklee

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun











Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah                 18 tahun

Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



jom beli untuk orang tersayang

whatsapp / sms : 017-6868706



0 comments:

Rezeki Dari ALLAH S.W.T

SALAM JUMAAT ....


hai bertemu kita lagi di hari jumaat yang penuh barakah ini..


sudah solat Dhuha? sudah baca Al-kahfi..

amalkan ia untuk melapangkan rezeki anda


yeayyy..esok dah hari sabtu..memang hari yang di tunggu-tunggu oleh saya dan adik beradik shaklee ku yang lain..

nak tahu apa dia?


haaa esok adalah hari bahagia buat nanny ku Wan fatihanum..meraikan master baru..

shaklee akan menganjurkan Master celebration untuk beliau ...nak tahu apa itu Master celebration?





MASTER COORDINATOR CELEBRATION

 

Untuk makluman anda, sekiranya seseorang itu berjaya mencapai Master Coordinator, pihak Shaklee akan mengajurkan satu majlis yang dinamakan Master Coordinator Celebration.

 

Tujuannya adalah untuk meraikan kejayaan mereka yang telah berhempas pulas, berjuang siang dan malam untuk menjadi MASTER.

 

Pihak Shaklee memperuntukkan sekitar RM50,000 untuk menganjurkan majlis ini bagi setiap Master.

 

Apa yang best, Master yang diraikan bebas untuk memilih mana- mana 5 Star Hotel di seluruh Malaysia untuk diadakan program ini.

 

Dalam program ini, master itu boleh memilih hotel, jadual program, jenis makanan dan bilangan jemputan.

 

Semuanya harus disesuaikan dengan budget RM50,000 yang semuanya diuruskan oleh pihak Shaklee.

 

Ini adalah kali pertama aku nak menghadiri Master Coordinator Celebration. 


Memang tak sabar nak datang esok..nak ambik aura seorang Master..pasti esok akan ada ramai lagi Master-master yg sudah berjaya akan hadir di hari Master celebration itu..
Sangat suka di kelilingi orang-orang yang berjaya dan positif saja..
tak sabar jugak nak dengar ucapan dan cerita kisah Nanny Hanum dalam suka duka beliau semasa permulaan hingga sudah bergelar Master

okey..adik-beradik shaklee kita jumpa esok k.. 




Inilah Nany ku a.k.a my idol yang banyak bagi aku tunjuk ajar selain mommy ku..dia dah banyak tolong aku..rasa malu kalau aku tak dapat capai target apa yang dia nak... 

comel kan nanny ku ini..heheh

0 comments:

Vitamin 'Cinta' Shaklee

Hangatkan Hubungan…. Vitamin E adalah vitamin CINTA.. 





Niat saya nak kongsikan cerita nie malam semalam. Tapi menidurkan anakanda ku sampai mommy sekali tertido :)
Jadi sebelum anda mulakan kerja anda hari ini ape kate kita baca apa itu VITAMIN CINTA.

Terbaca tajuk kat atas mestilah tertanya kan selama nie kita hanya tahu tentang tongkat Ali dan kacip fatimah, mungkin masih ramai yang mungkin kurang arif tentang apa kaitanya antara Vitamin E sebagai Vitamin CINTA.







Bagaimana Vitamin E dapat menghangatkan hubungan suami-isteri, saya terpanggil untuk memahami lebih mendalam apa sebenarnya kaitanVitamin E dalam proses ini… Disini saya petik article;
________________________________________________________ 
Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan.  Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.
__________________________________________________________
Sebenarnya article di atas adalah dalam bahasa Ingeris tapi saya alih bahasa ke Bahasa Malaysia.
Hah tu dia… hehe:) saya tau ramai yang teruja membaca artikel di atas.




Jadi ape die sumber- sumber VITAMIN –E yang boleh kita perolehi contohnya

  1.      Minyak-minyak sayuran-Minyak zaitun, minyak jagung
  2.      Kekacang- seperti biji bunga matahari
  3.      Produk dari minyak sayuran seperti mayonis& majerin
  4.      Capsule Vitamin-E Shaklee :)



Jadi ape kelebihan Vitamin-E Shaklee??

1)   Mengunakan Vitamin E asli(d-alfa) bukan sintetik (I-alfa)
2)   Daripada sumber kacang soya
3)   Vitamin E- tiada kesan sampingan, Vitamin A apabila berlebihan menjadi toxic
4)   Mengandungi selenium yang berfungsi sebagai sebahgian daripada komponen glutanion peroksida iaitu sejenis enzim dari keluarga enzim antioksidan
5)   Satu kapsul Shaklee Vita-E 400 IU membekalkan jumlah vitamin E seperti terdapat di dalam:
a.   40 hidangan (setiap hidangan 1 auns) buah badam semulajadi
b.   28 hidangan (setiap hidangan 2 sudu makan) minyak bunga merah
c.   24 hidangan (setiap hidangan 1 sudu makan) moyanes


Apa lagi agaknya kelebihan VItamin E nie??
  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).
  •  Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.
  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
  • pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  • Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
dicadangkan untuk pasangan yang ingin menimang cahaya mata


FUNGSI VITAMIN E COMPLEX

Peranan untuk suami dan isteri: 

  1. Lebih tenaga 
  2. Ereksi yang lebih lama 
  3. Lebih cepat terangsang 
  4. meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
  5. Meningkatkan kesuburan 
  6. Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi 
  7. Melancarkan aliran darah 
  8. sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada


Lagi kelebihan Vitamin E 
  1. Antioksidan yang hebat 
  2. Menyihatkan jantung
  3. menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  4. membantu dalam pencegahan penyakit katarak, 
  5.  meningkatkan prestasi atlit, dan 
  6. mengendurkan otot kaki dari kekejangan 
Wahh! Vitamin E bukan sahaja untuk kulit bahkan mempunyai banyak kelebihan untuk suami mahupun isteri. Kesan sampingan jika mengambil Vitamin E ini mungkin menyebabkan parut makin menghilang, muka makin berseri. Seronokkan kesan sampingan yang positif macam ni. Cantik dapat, Hebat pon dapat.
Seperti yang saya kongsikan bersama sebelum ini, pengambilan Vitamin semulajadi adalah sangat penting dalam menentukan kesihatan tubuh badan dari dalam hingga ke luar.
Menjaga perhubungan suami isteri juga memerlukan usaha yer. Sudah saya kongsikan bersama tapi terpulang pada anda untuk membuat pilihan terbaik untuk anda dan pasangan.













SET CADANGAN AMBIL BERSAMA : GLA COMPLEX , ESP SOY , ALFALFA COMPLEX , ZINC COMPLEX





jom hubungi saya / order

SMS / WHATSAPP : 0176868706



0 comments: