SANGAT BEST JADI AHLI SHAKLEE

TAHU TAKK?? BETAPA BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE NIE RUPANYA...JIKA SAYA TAHU DARI AWAL DULU DAH JOIN AHLI..huhuu....TAPI TAKPE MAYBE REZEKI ITU LAMBAT DATANG OR CEPAT AJE...


Kelebihan Ahli Shaklee

 

Ramai customer Qq House Of Healthy yang bertanya kepada saya tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee. Maklumlah dah jadi pengguna setia nak juga tahu apa faedah jadi member kan.

Jadi ahli Shaklee kalau untuk kegunaan sendiri sepertinya memiliki kad2 keahlian Jusco, BonusLink dan sebagainya. Antara keistimewaannya:
  1. Pembelian produk dengan harga ahli.
  2. Nikmati offer bulanan Shaklee.
  3. Kumpul points dan tunggu cek/cash anda tiba!
Menarik kan? Yang bestnya tak payah nak ada minimum purchase untuk maintain membership... Kecuali lah kalau dah 2-3 tahun tak beli apa2.. itu kemungkinan membership pun dah tak valid. Tapi saya percaya bila dah kenal & yakin dengan Shaklee memang tak berpaling dah pada produk lain especially yang kat kedai2, sebab:
  • Shaklee tiada bahan kimia yang berbahaya.
  • Shaklee adalah biodegradable.
  • Shaklee dibuat dari bahan2 semulajadi & diproses secara semulajadi.
  • Shaklee BUKAN SINTETIK!
  • Shaklee halal dah diyakini.
  • Shaklee natural.
Yang penting ia sangat menjaga standard dan very2 strict. Shaklee follows rules yang paling stringent, misalnya policy Shaklee lebih ketat dari USDA... dan FDA. Walaupun Shaklee adalah supplement tapi ia mengikuti garis panduan FDA... bukan sekadar DSHEA. DSHEA tak requires ujian klinikal tapi Shaklee buat ujian klinikal tau!

OK lah cukup setakat itu.

Berbaloi sangat.. sebab.. kalau anda jadi ahli, bukan makan sorang2 tapi kongsikan dengan kawan2, sedara2... dan kumpul order mereka.. jadi korang pun boleh kumpul points :) best kan.


                                             credit permatacintaku


Siapa yang perlu buat bisnes dari rumah?

  • Mereka yang setiap hari bercampur perasaan gundah gulana kerana terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh.
  • Mereka yang bercita-cita ingin melangsaikan hutang dengan segera dan ingin berpencen segera.
  • Mereka yang mahukan pendapatan infiniti tanpa perlu berada di bawah telunjuk orang lain untuk menentukan masa depan kita.
  • Ingin meningkatkan taraf hidup dari biasa kepada luarbiasa.
  • Mereka yang bercita-cita dan minat bisnes tetapi tidak tahu bisnes apa yang ingin dipilih, inilah dia pilihannya.
  • Mereka yang sudah penat pergi kerja pagi petang siang malam tetapi masih tiada kepuasan terutama dari segi penjagaan keluarga.

Apa keperluan untuk buat bisnes secara online?

  • Sekeping hati yang cekal dan memang berkehendak untuk maju
  • Nama lagi bisnes online maka haruslah ada line internet. Biasa sekarang hampir semua orang ada akaun facebook kan maka line internet tu rasanya tiada masalah.
  • Tidak perlukan modal jika ingin buat bisnes shaklee kerana hanya perlukan yuran pendaftaran RM65+postage RM10 sahaja untuk memulakan bisnes dari rumah.

Banyak jenis bisnes online yang anda boleh buat tetapi saya memilih shaklee kerana saya yakin masa depan ada bersama shaklee. Kenapa saya yakin dengan shaklee?

  • Pelan pemasaran yang komprehensif dan telus. 
  • Sistem yang adil, semua orang berpeluang untuk berjaya kerana iainya bukan sistem piramid. Kalau piramid kita yang bawah sentiasa akan di bawah. Tapi konsep shaklee sesiapa sahaja bboleh berjaya yang penting siapa usaha dia dapat.
  • Produk yang terbukti berkesan. Kalau nak tau kebanyakan pengedar atau ahli shaklee hampir semua asalnya adalah dari mereka yang terlebih dahulu menggunakan shaklee. Dari mencuba makan sendiri akhirnya jatuh cinta dengan produk shaklee. Keberkesanan setiap produk tidak boleh ditipu, jika tidak berkesan akhirnya ramai pelanggan akan lari. tapi tidak dengan shaklee kerana saban hari begitu ramai mereka yang ingin menjana pendapatan dengan shaklee.
  • Sudah terbukti bertahan dari dulu sehingga sekarang, bertahan di Malaysia sejak 25 tahun yang lalu dan masih lagi ujud sampai sekarang.
  • Ramai jutawan senyap muncul dengan hanya berbisnes shaklee dan ianya adalah berpanjangan, bukan bermusim kerana sudah terbukti ramai berjaya sudah 25 tahun buat shaklee dan masih lagi buat shaklee.
  • Semestinya patuh syariah kerana kita berkonsepkan ada produk untuk dijual bukannya produk maya, bagi modal alih-alih dapat untung ribu-ribu setiap bulan. Semua orang mahu keberkatan kan, bukan hanya mahukan wang segera yang tidak kekal. 

Masih ragu atau masih tidak jelas lagi tentang buat bisnes dari rumah dengan menjual produk shaklee? Kalau begitu bolehlah hubungi saya terus berdasarkan nombor telefon yang diberi.

Saya mahu bantu lebih ramai lagi orang lain yang ingin berjaya. Itu cita-cita saya dari dulu, kini dan selamanya. Moga dipermudahkanNya. Jom try!

 

0 comments:

Set Shaklee untuk sakit Buasir

ATASI MASALAH BUASIR DENGAN SHAKLEE



Apa itu BUASIR?


BUASIR adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ia akan menyebabkan luka apabila ada najis keras yang bergesel dengan BUASIR.

BUASIR YANG MENYAKITKAN

Siapa yang selalu kena BUASIR ni?

• Sesiapa yang melakukan pemaksaan yang terlalu kuat (bahasa mudah-meneran) ketika membuang air besar
• Sesiapa yang duduk pada mangkuk tandas untuk jangka masa yang terlalu panjang .
• Sesiapa yang mempunyai masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara
• Sesiapa yang berkait rapat dengan kegemukan atau obesiti
• Wanita mengandung - Ini kerana janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir
• Wanita selepas melahirkan bayi - Wanita dalam pantang mungkin juga terdedah dengan BUASIR kerana ada sesetengah mereka ini tidak menjaga pemakanan mereka semasa tempoh berpantang

Terdapat juga kemungkinan bagi seseorang itu mewarisi genetik masalah buasir daripada ibubapa. Kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah buasir akan bertambah seiring dengan penambahan usia. Otot-otot yang menyokong saluran darah sekitar dubur akan menjadi semakin lemah apabila seseorang itu menjadi tua.



 
Seksa kan kalau dah kena buasir ni.. nk membuang pun rasa takut je. Ada yang sampai berdarah2. Buasir ni Sering berlaku ketika ibu2 dalam berpantang.. ada yang terus kena hinggalah saat berpantang tu habis..




Kami tawarkan supplement shaklee khas untuk penghidap buasir!!


OSTEMATRIX : membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD
: Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi,
OMEGA membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit.
ZINC COMPLEX membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat..













JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE


HUBUNGI SAYA 
WHATSAPP / SMS -0716868706

0 comments:

Cara dan tips memikat hati anak anda yang kurang makan







Ramai kanak-kanak suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jika itu halnya, adakah kuantiti yang diambil itu mencukupi?

Sebenarnya, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Harus diingat, kekurangan berat badan tidak bermaksud anak anda kurus. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi bertubuh kecil, namun, mereka bukanlah kurang berat badan. Manakala kanak-kanak yang bertubuh agak besar sejak lahir tidak bermakna mereka cukup zat makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya. Sekiranya anak anda ada banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat meskipun hanya makan sedikit. Tetapi, jika berat badan anak anda tidak naik dan dia seakan tidak sihat, sesuatu perlu dilakukan.

Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun sangat mencabar. Namun, demi masa kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.

Jika anak anda enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Harus diingat, kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.


Tip Makanan Untuk Anak Kurus :

? Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.
? Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.
? Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
? Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.


Panduan Menggalakkan Anak Makan :
? Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
? Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.
? Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.
? Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.


Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :
? Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
? Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
? Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
? Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
? Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
? Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.



Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?
? Bermasalah dengan gigi.
? Bosan dengan makanan yang diberikan.
? Terlalu banyak bermain.
? Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
? Tidak berselera untuk makan.
? Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.







Shaklee mempunyai supplement khas untuk anak-anak yang 'Picky Eater'



Meal Shakes- Lengkap dengan nutrien dan mineral yang diperlukan anak dengan rasa enak. Altenatif terbaik bagi kanak-kanak yang picky eater atau tak suka mengunyah atau menelan vitamin.




So, kepada ibu-ibu yg mempunyai anak-anak yg picky eater & menghidap asthma, jom cuba Mealshakes Shaklee! Tak rugi pun mencuba produk yg bagus ni tau... Pelaburan yg SANGAT BERBALOI untuk kesihatan & kegembiraan anak-anak!



INFO LAIN MENGENAIK MEALSHAKES ----> SINI





Maklumat lanjut sila hubungi saya

sms / whatsapp - 0176868706








0 comments:

Mendidik Anak Cara Rasulullah





credit to: mypermatahati





Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang kira-kira maksudnya… setiap anak itu dilahirkan seumpama kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya.
Kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja… dan kita sebagai ibu bapa bertanggung jawab membentuknya. Jika si anak berjaya menjadi insan cemerlang, ibu bapalah yang menjadi pengaruh besar kepada kejayaannya. Dan jika si anak berperangai “tidak serupa orang” maka ibu bapa jugalah yang pertama sekali perlu dipertanggungjawabkan.
Mengikut kajian para ulama dan pakar mendapati lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya.
Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa… ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan “menjegilkan” mata pun sudah cukup membuat anak “menikus”. Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan “reasoning” lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:



  • TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.


Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.
Kesimpulannya… lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk “amanah Allah” yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibubapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga… iaitu anak anda.
Yakin dan percayalah… anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.

0 comments:

♥ Set kesuburan shaklee ♥

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina. Shaklee mempunyai suplemen hebat dalam membantu bakal mommy dan daddy untuk mempunyai cahaya mata. 

Set kesuburan Shaklee terdiri daripada 6 suplemen penting:









Basic for parents-to-be:
1. Vitalea
2. B Complex

Daddy-to-be:
1. Vitamin E
2. Zinc 

Mommy-to-be:
1. GLA Complex
2. Alfalfa

Apa semua ini? Jom baca details.




PARENTS-TO-BE


VITALEA:
Mengandungi 28 multivitamin dan multimineral yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendek kata, ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita dengan nutrien yang tidak dibekalkan dalam diet harian kita. Bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.


B-COMPLEX:
Ia penting terutama bagi mommy yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. Lengkap dengan kandungan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan B Complex amat disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.





DADDY-TO-BE


VITAMIN E:
Terkenal sebagai 'vitamin cinta'. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku, membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA), ianya amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, kandungan Selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

*banyak info tentang Vitamin E sebagai Vitamin Cinta ----> SINI



ZINC COMPLEX:
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sprema yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat. Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.




MOMMY-TO-BE


GLA COMPLEX:
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi). 




ALFALFA COMPLEX:
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

 

 BOLEH ADD ON - 


CoQ Health Plus -


 kandungan CoQ10 di dalam CoQ Health Plus dapat meningkatkan kualiti 3 ciri utama sperma iaitu pergerakan sperma (motility), bilangan sperma (sperm count) dan juga bentuk struktur sperma (morphology). Buat wanita pula, ia membantu meningkatkan kualiti telur dan kadar persenyawaan telur, terutamanya buat wanita yang sudah berusia kerana kadar CoQ10 dalam tubuh akan semakin berkurang dengan peningkatan umur. 



Vita-C Plus

Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan.




Ini adalah antara vitamin atau supplemen yang disarankan untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, di samping meningkatkan tahap kesihatan kedua-dua suami dan isteri. 


Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan .Yang penting, jangan berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada Allah untuk dikurniakan cahayamata. InsyaAllah.




untuk tempahan sila hubungi :

sms/whatsapp - 0176868706
email : syai_cuters@yahoo.com

0 comments:

Lagi..lagi Mealshakes..Tak selamatkah untuk kanak-kanak??



Ada sahaja pihak yang tidak senang.. yang saya nampak bila ada berkaitan dengan makanan tambahan..

nak cakap sikit..kalau kita hanya bergantung harap pada vitamin atau makanan tambahan sahaja memang lah orang akan anggap..'Oh..mak dia nie tak bagi makanan yang sihat ke? contohnya macam buah-buahan dan sayur-sayuran hijau..?'
Di ingatkan makanan tambahan ini adalah menolong untuk menambah kan zat-zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan seseorang

Jangan salah anggap ye.. kita bagi jugak makanan sihat yang lain setiap hari dan di tambah dengan makanan tambahan seperti Mealshakes ini..


MEALSHAKES ADALAH UNTUK ANAK-ANAK YANG KEKURANGAN NUTRISI


Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang kebuntuan tak tau macam mana lagi nak bagi anak makan makanan berzat dan berkhasiat. Anak-anak kecil adakalanya sangat cerewet apabila tiba waktu makan. Mereka hanya akan makan makanan yang mereka suka sahaja. And, most of the times, makanan yang kegemaran mereka tu bukanlah sihat sangat. Ada yang terlampau manis, ada yang berminyak, tinggi kolesterol..makanan segera pulak tu.



Bila badan kita terutamanya kanak-kanak tak dapat cukup nutrisi, mereka akan lebih cepat diserang penyakit. Perasan tak, kanak-kanak yang berada di pusat jagaan harian biasa sangat mendapat demam atau selsema setiap bulan. Setiap bulan tu....Ada juga yang tak pernah nak kebah daripada batuk, demam mahu pun selsema. Ada je sakit mereka setiap bulan..Stok ubat-ubatan untuk anak di rumah tok sah cakaplah. Dah nak penuh rak kat dapur tu...mana taknya, asal sakit je pergi jumpa doktor. Ambil ubat, ambil antibiotik. Yelah, mak ayah nak kerja. Kalau anak sakit terpaksalah bercuti. Cuti pulak tak dela banyak sangatkan...












Ini sewaktu anak kembar ku yang no.2 dekat red zone emergency dan admit ward sebab bronchitis asthma







Jadi, wahai mak wahai ayah...cubalah dengar ini pesanku...atasilah kekurangan nutrisi pada buah hati kesayanganmu..zaman kanak-kanak hanya sekali. Masa takkan dapat diputar kembali. Usahlah berkira untuk memberikan yang terbaik buat permata cinta kalian. Spend some money untuk lengkapkan keperluan nutrisi dalam badan anak-anak anda. Anak sihat ceria, kita juga yang bahagia :-) Macam saya, saya akan pastikan anak-anak kembar kesayangan saya mengambil Omega Guard 3 kali seminggu. Meal Shakes  pula saya bancuh dalam susunya sekali sehari. Qhaleeda & Qhalessya sangat sukakan rasanya. Dan alhamdulillah...kesihatan mereka berada di tahap optimum. Syukurlah, di rumah kami tiada lagi simpanan stok ubat batuk-selsema atau demam.Asthma mereka pun sudah jarang sangat kena. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat-Mu






LIHAT HAPPY NYER MEREKA SEKARANG...ALHAMDULILLAH....MOGA KESIHATAN YANG BAIK BERKEKALAN..AMIN...






OK berbalik pada cerita yang di atas


Isu ni dah lama sebenarnya. Setiap kali ada promo Meal Shakes Shaklee, setiap kali itulah pasti ada pihak anti-Shaklee yang akan cuba membangkitkan isu bahawa Meal Shakes Shaklee tak selamat untuk kanak-kanak. Produk apa-apa sahaja pun, jika cara pengambilan tak betul...overdose, memanglah tak selamat. Elok-elok nak sihat, dapat penyakit lainlah pulak. Sorrylah, saya tak buat pernyataan coz saya ni SID..tapi, saya dah buat beberapa kajian tentang apa itu Maltodextrin yang terkandung dalam Meal Shakes yang sering kali jadi isu berbangkit tu. Ada yang cakap ianya berbahaya dan tak selamat pun untuk dimakan. Apatah lagi kalau nak diberikan kepada kanak-kanak. 

Macam peliklah pulak coz Shaklee sememangnya hanya akan let go produknya ke pasaran hanya apabila dah pasti yang setiap batch yang dikeluarkan adalah benar-benar selamat. Bukan sekali dua ujian saintifik dijalankan untuk semua produk keluaran tapi mencecah 80,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun. Menarik bukan? Dan, saya pasti tak ada syarikat lain yang setanding dengan kawalan keselamatan yang dijalankan oleh Shaklee. That's why saya benar-benar yakin dengan Shaklee.

OK, let's back to the topic. Sebenarnya apa itu maltodextrin? Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar tentangnya. Betul tak? Maltodextrin ni sebenarnya merupakan bahan tambah dalam makanan dan diperbuat daripada karbohidrat ringkas seperti beras, jagung atau pun kanji yang ada dalam ubi kentang. Maltodextrin berbentuk serbuk berwarna putih dan ia biasa ditemui dalam makanan yang diproses seperti buahan dalam tin, snek, bijirin, puding segera, sos dan salad dressings.








Ia biasanya digunakan dalam jumlah yang sedikit dan tidak memberi kesan terhadap ptotein, lemak, karbohidrat mahu pun serat yang ditambah kepada makanan. Walau pun Maltodextrin ni diproses dan ia bukanlah zat terbaik untuk badan, tapi sekurang-kurangnya ia diperbuat daripada 'real food' dan bukannya daripada bahan-bahan sintetik.



Kebaikan maltodextrin: Walaupun maltodextrin merupakan karbohidrat yang kompleks, ia mempunyai indeks glisemik yang sangat tinggi iaitu 130. Indeks glisemik yang tinggi bermakna, ia akan diserap oleh sistem penghadaman dengan segera. Jadi, makanan yang mengandungi maltodextrin sangat sesuai diambil selepas ' hard workout' kerana ia akan membekalkan tenaga dan sumber protein segera kepada tubuh. Selain itu, semasa aktiviti bersukan yang panjang contohnya marathon, maltodextrin akan diserap lebih cepat berbanding air, maka ia akan memberi tenaga segera tanpa mengurangkan jumlah cecair dalam badan.





Maltodextrin dalam Meal Shakes





Kelemahan maltodextrin : Apa yang tak baiknya tentang maltodextrin adalah kerana ia mengandungi kandungan gula yang agak tinggi dan mudah diserap oleh badan. Dan jika kandungan gula yang diserap itu tak digunakan (contoh untuk memperbaiki tisu rosak, membekalkan tenaga), ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan.

Kesimpulannya, untuk menyatakan bahawa maltodextrin ini bahaya adalah sangat tidak sesuai kerana ia akan memberikan kesan positif jika diambil mengikut keperluan. Kanak-kanak adalah golongan yang sangat aktif, jadi mereka memerlukan tenaga segera untuk beraktivivti setiap hari. Maltodextrin dalam makanan juga takkan tersimpan sebagai lemak dalam badan mereka kerana kebanyakannya telah ditukarkan kepada tenaga. So, Mommies...tak perlu risau-risau lagi ye kalau nak bagi anak-anak mencuba Meal Shakes. In facts, lagi rugi kalau tak bagi mereka makan Meal Shakes ni..




Antara nutrisi dalam Meal Shakes. Banyakkan?


Jadi sekiranya anda berminat untuk mencuba Meal Shakes Shaklee yang hebat ini, bolehlah hubungi saya untuk membuat tempahan. Tak rugi melabur untuk kesihatan coz your kids really deserved it :-)





HUBUNGI SAYA :

WHATSAPP / SMS 0176868706
EMAIL : syai_cuters@yahoo.com




0 comments:

10 Perkara Perlu Dielak Ketika Hamil








1. Aspirin – akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.


2. Alkohol – meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.


3. Litium – ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.


4. Vitamin A – jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.


5. Tetrasaiklin – sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.


6. Ubat penahan sakit – boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.


7. Rokok – ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.


8. Hentikan kegiatan lasak – seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.


9. Minuman tertentu – kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.


10. Makanan – makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.







1 comments: